Saturday, 31 August 2013

Kenapa Hisamudin Tidak Pernah Dibantai Bloger Ngepow?



Hisamudin Husin kena tampil nafikan beliau beri RM400k duit raya kepada bloger No1 untuk diagihkan RM2000 seorang seramai 200 orang.Nama beliau sudah bermain dibibir bloger unit media umno diwarung kopi pwtc.Duit raya ini hanya sampai kepada 20 orang sahaja.Yang lain sudah masuk poket bloger no1 dan bloger tua tok janggut.

Suara warungkopi bercerita bloger ini tidak pernah bantai Hisamudin kerana bloger ini dibayar bulanan sepanjang penggal pru13.Ramai bloger bebas marahkan hisamudin kerana lembik tapi akhir ini semua sudah tutup mulut.Disumbat dengan $$$ yang banyak.

Bukti suara warungkopi nyatakan kena tengok kereta apa yang dipakai sekarang oleh keduanya dan tempat parking depan hotel pwtc kl.Kerja mereka mudah sahaja dengan pastikan bloger lain dan askar maya tidak tulis yang buruk terhadap hisamudin.Najib tahu?

Harap hisamudin betulkan keadaan dan cerita angin ini


Kumpulan Bloger Bebal Yang Sokong Najib Hampir Kesemuanya Bukan Ahli Umno



Bebal kasihan sangat pada Najib yang ditipu sepanjang masa.Harini Bebal dapat call dari kawan bebal yang rumahnya dikawasan damansara utama.Beliau ceritakan bahawa hampir kesemua bloger yang sokong umno itu bukan ahli umno.Dari Bloger No1 hinggalah askar maya upahan mereka.

Alasan mereka amat mudah iaitu boleh hentam juga umno kalau nak hentam dan tidak terikat dengan undang2 umno seperti kena buang, gantung ahli atau pecat.Kalau rasa nak hentam siapa sahaja pemimpin umno maka mereka boleh hentam sesukahati.Nak hentam pegawai menteri hinggalah kepada merekayasa fitnah terhadap Najib pun mereka bebas buat.Dengan kata lainnya mereka bukan ada umno dihati, merka cari makanan halal dengan cara begini.

Lebih teruk najib kena tipu, ada yang masih ahli pas yang no ahlinya seumur hidup.Mudah nak kesan mereka ini, lihat dan baca artikel mereka dan u all akan dapati bloger ini tidak pernah tulis burukan pas.Beliau hanya cerita dap dan itupun tidak begitu lantang.Ada yang bertukar info dengan bloger pas, bloger pas hina umno dan beliau hanya ketawa terbahak. Bini 3 orang dan hasil menulis umno yang bayar.

Najib akan terasa terhina bila bloger kesayang beliau yang No1 Malaysia pun bukan ahli umno dan dia merupakan bekas banduan atas kesalahan mengepow bangla RM300 semasa menjadi polis?

Najib perlu ada maruah diri dan bukan jual maruah diri pada bloger yang pergunakan duit ahli umno sewenangnya.Jentera umno lain bekerja bermatian dengan upah minum sirup tapi kumpulan bloger ini hidup kayaraya dan berbau arak bila sendawa.Bloger No1 baru sahaja ceraikan isterinya kerana ada mistress yang ugut kawin.

Jangan Najib buat terkejut keahlian bloger ini bakal dibackdatedkan bila sahaja bebal dedahkan ini.

Gambar Baharu Anak Perempuan Anwar 'Blow Job'?



Di peringkat dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali

Bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden. 

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

Antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail. 

Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir? 

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah


Sumber blogger Mat Kilau Penang.

Kemana Hilangnya Duit Raya RM2000 Seorang Untuk Askar Maya Umno



Setiap hari kumpulan bloger pimpinan Bloger No1 ditanya kemana duit raya RM2000 seorang untuk askar maya disalurkan. Sejumlah RM400k diserahkan kepada Bloger No1 untuk diberikan kepada 200 askar maya.Siapa yang dapat dan siapa yang kena kencing.

Musim kumpulan bloger No1 rembat duit umno dan unit media baru kena main oleh pimpinan Umno kerana terlampau percaya dan takut sangat kepada kumpulan bloger No1 ini. Stail kumpulan bloger ini amat senang dan mudah, tulis dan serang menteri tertentu, sebarkan cerita rekaan dan fitnah serta ada juga cerita yang betul maka mereka akan dipanggil oleh menteri tersebut dan disumbat mulut dengan sejumlah duit yang banyak.

Najib juga dilihat mula takut dengan kumpulan ini or mungkin pegawai khas isteri najib takutkan beliau,kalau tidak ikut cakap maka askar maya milik mereka akan serang najib dan isteri setiap hari dalam internet.Bukti najib takut,beliau akan hadir disetiap perjumpaan askar maya ini.Kalau tidak hadir maka najib berdepan dengan serangan mereka.

Setiapkali najib kena tipu dan menteri umno kena rembat duit, kumpulan bloger ini akan berkumpul dihotel lima bintang dekat pwtc untuk menjamu selera setiap hari hingga duit habis dan mula serang balik bila poket dah kosong. Bloger berjanggut hidup mewah siang dan malam lepak makan dan minum dihotel lima bintang itu bersama bloger no1.

Unit media maya umno wajar siasat kenapa menteri tidak lihat mereka sebagai pejuang

Friday, 30 August 2013

Bloger Yang Mencaturkan Politik Umno Selangor Bersama Bloger No1 Malaysia?

GAP antara bloggers yang dipertanggungjawabkan untuk membantu UMNO Selangor ketika kempen PRU13. Adakah sahabat otai bloggers yang brader kagumi GAP benar-benar 'all out' membantu calon-calon BN di Selangor sepanjang 14 hari kempen?

Kita teliti artikel yang disiarkan oleh GAP sepanjang tempoh kempen PRU13 bermula 21 April hingga 5 Mei 2013.

Walaupun diamanahkan UMNO Selangor untuk membantu merampas negeri tersebut GAP nampaknya lebih berminat membantu kempen Khaled Nordin dan kerusi panas di Johor (Kit Siang).

Sepanjang 14 hari, GAP menyiarkan 87 artikel kebanyakkan adalah foto, mengenai berkenaan :

SELANGOR 26 artikel, 

PAHANG 9 artikel, 

PERAK 3 artikel, 

PENANG 1 artikel, 

PUTRAJAYA 9 artikel, 

KEDAH 1 artikel,

dan JOHOR sebanyak 16 artikel.

Soalan brader buat GAP, kenapa GAP lebih tertarik menyiarkan artikel kempen di Johor Bahru dan Raub berbanding dengan artikel mengenai Selangor?

Kenapa GAP hanya bantu calon seperti Khaled Nordin yang bertanding di Johor Bahru tetapi GAP tidak membantu memberi publisiti kepada calon-calon BN yang bertanding di Selangor?

GAP bloggers otai nampaknya sibuk bantu kempen 'paymaster' sehingga gagal melaksanakan peranannya membantu War Room Selangor.

Patutlah GAP lebih gemar menghentam penasihat PM, Hishammuddin Hussein, Razali Ibrahim tetapi GAP tidak 'usik' individu bernama Zin Badak?

Brader bantu kempen di Selangor, brader tahu Zin Badak yang bertanggungjawab memilih calon di Selangor kenapa GAP tidak balun, hentam, keronyok Zin Badak?


ADAKAH DIA PAYMASTER GAP...?

UMNO Selangor hidup-hidup kena kencing dengan GAP.

Maaf brader terbalun GAP, ini pun sebab brader terikut-ikut style GAP.

Cermin diri dululah sebelum salahkan orang lain!Ramai blogger dalam senarai Nizam dan Zuraidah..Nantilah...tengok dulu cmne...Hehehe

SILA KLIK SINI

Rosmah Mansor Ada Pegawai Media Khas


potret khas ihsan dari penembak tepat

Sesuai dengan kedudukannya sebagai wanita Pertama Malaysia, beliau dikatakan ada pegawai khas media tersendiri yang terdiri dari bloger no1 malaysia, potral no1 malaysia dan kumpulan askar maya dibawah keduanya. Kumpulan ini diberitakan dikawalselia oleh pegawai khas wanita pertama malaysia ini.The bebalian dapat maklumat inipun dari kawan yang bekerja dipejabat suami wanita pertama itu.

kalau tak silap bebalian, jumlah upah yang dibayar kepada bloger2 ini hampir rm100ribu sebulan bersama dengan gajet kamera dan komputer canggih serta telepon bimbit keluaran terkini.Menurut sumber dari pejabat lagi wanita pertama malaysia ini dipengaruhi oleh pegawai khasnya yang kaki rembat duit.Perhatikan siapa pegawai itu yang pakai kereta mewah dan suka habiskan masa dengan bloger no1 dan pemilik portal no1 malaysia dikawasan hotel mewah KL.

Bebal pun tidak sure benarkah cerita ini


Himpunan Bloger Umno Najib Di Tipu Lagi



Ahad Ini Najib kena tipu lagi dan lagi oleh sekumpulan Bloger Senior yang rankingnya No1, No1 menipu. Kali ini Najib diwajibkan hadir diperjumpaan askar maya di Bukit Janda Baik, kem Umno yang diuruskan oleh Setiausaha Kerja Umno Malaysia.

Kumpulan ini kerap kenakan Najib dengan alasan peserta yang hadir adalah askar maya yang setiap hari berperang dalam muka buku. Jemputan 200 orang hanyalah sebagai umpan untuk tunjuk pada Najib bahawa inilah askar yang berada dibawah kumpulan mereka. Hasrat sebenar hanyalah untuk dapatkan peruntukan dan diagihkan sesama mereka.

RM200 akan disediakan pada askar maya yang datang tetapi mereka claim RM500 seorang dari Najib. Perjumpaan begini bermula aktif sejak habis pru13 baru ini. Duit peruntukan pru13 dah habis dan kini mereka beralih dengan modus operandi baru, menghimpun askar maya yang dikategorikan sebagai askar maya Umno yang hebat.

Mereka amat berhati hati dan tidak akan menjemput askar maya yang betul-betul berperang dengan pembangkang dalam alam maya seperti Unit Media Umno kerana takut tembelang mereka pecah, peserta bukanlah askar maya yang sebenar kerana meraka hanya freind list facebook mereka sahaja. Urus Setia dibayar upah RM500 dan Bloger No1 and team dapat RM3000 seorang. Bulan depan mereka akan ke negeri lain pula.

Pegawai Khas Isteri Najib dikatakan menjadi pendinding utama projek rembat duit Umno ini. Wanita yang berkerja siang dan malam hanya dapat RM10 sahaja sehari dalam menjalankan kerja jalinan rakyat.

Raya baru ini kumpulan Bloger Senior ini diberi tugas agihkan duit raya RM2000 seorang kepada 200 askar maya Umno dan malangnya hanya 20 orang sahaja terima dan lebihnya buat tukar kereta baru untuk beraya.

Bloger no1 pakai kereta harga RM120k
Bloger Kari Basi kereta harga RM100k
Bloger Kaki terbang 3 buah kereta
Bloger lain yang guna nama sendiri dan nama binatang pun bergaya sakan dengan kereta mewah.

Rombongan rembat duit ini akan buat lawatan ke negeri umno memerintah. Raya sakanlah jawabnya hingga ke pru14

;kakiterbangkakitemberang


Bloger Kari Basi Miliki Kereta Mewah Hasil Menipu Isteri Ketua Umum


Namanya agak fofular awal 2000 namun jatuh teruk akibat kemunculan bloger junior yang lebih mampu melawan musuh politik parti yang mereka anggotai. Beliau hanya fofular kerana ayat yang kasar mengherdik dan menghina pemimpin parti yang beliau sendiri ahlinya. Sebagai bayaran supaya beliau tutup mulut maka blog beliau dibayar oleh isteri pemimpin umum.

Perkara yang perlu diambil perhatian serius ialah sikap beliau yang cantas dan menghasut supaya bloger junior yang lain tidak mendapat perhatian seperti yang beliau nikmati. Paling terbaru beliau dapat projek melonggokkan semua anak saudara beliau dalam kategori sibertruper bloger dan yang paling malang anak beliau yang belumpun cukup umur juga dibawa masuk sebagai truper berbayar.

RM3000 seorang adalah jumlah bayaran yang dibayar oleh isteri pemimpin umum dan ini semua hasil konspirasi beliau bersama bloger senior yang lain. Kami The Bebalian akan bongkar sekor persatu siapa mereka ini. Menulis menyerang pemimpin untuk menghirup kekayaan dari yang diserang itulah motto juang mereka.

Dia claim RM3000 x 10 anak saudara, dia bayar RM1500 seorang dan beliau dapat RM1500 untuk seorang. Disamping beliau claim untuk diri sendiri bersama ahli kongsi yang lain RM5000 seorang. Tidak termasuk bayaran sewaan pejabat. Kasian isteri pemimpin umum ditipu.Kerja mudah sahaja, komen dimana berita isteri pemimpin umum keluar dan juga komen diblog mereka sendiri.

3 kereta baru dibeli termasuk 4wd. Beli HP macam beli sayur. Mewahkan?

Ada cerita menarik beliau akan rosakkan nama siapa sahaja bloger yang bakal naik namanya dalam ranking antara mereka.








;kakiterbangtemberang





Isteri Najib Yang Bebal Atau Pegawai Khasnya Yang Sengal



Blog pembangkang buat pendedahan bukan saja saja pendedahan.Mereka menyerang Wanita Pertama Malaysia bukan serangan yang membabibuta, mereka sebenarnya cuba menegur isteri Najib yang dilihat keterlaluan penonjolannya dalam sejarah isteri isteri Perdana Menteri Malaysia. Penonjolan yang membuatkan rakyat meluat dan muntah kari kerana ia bukan penonjolan yang bersifat keibuan. Penonjolan isteri Najib lebih kepada penonjolan menunjuk nunjuk gaya terampilan seorang bangsawan. Dari rambut hingga ke hujung kaki. Semuanya berharga ribuan dan pada yang puluhan ribu ringgit.

Akibat campurtangan yang keterlaluan umno dan bn akhirnya menerima padah dalam pru13 dan Najib dipersalahkan kerana antara faktornya adalah isterinya yang amat sukar dikawal.Isterinya juga dikatakan terlibat menyusun nama calon pru13. The Bebalian melihat bukan isterinya yang suka masuk campur tetapi pegawai khas beliau yang menggunakan beliau kerana pegawai khas tersebut lihat peluang untuk buat duit melalui senarai calon pru13.Pegawai khas ini juga mengumpul askar maya yang diketuai oleh pemilik portal utara, bloger no1 malaysia, bloger yang berpangkat datuk, bloger yang guna nama sendiri, bloger kaki terbang dan puluhan saudaramara bloger kari basi dan saudaramara bloger rohbani.

Lepas pru13 ahli ahli umno ingatkan isteri Najib sudah insaf tetapi rupanya insaf hanya sebulan sahaja dan kini mulai muncul kembali dalam setiap program Najib yang tidak sepatutnya beliau hadir.Hari Wanita Malaysia tidak perlu letak wajah isteri Najib sebagai watak utama dalam baner rasmi.Ketua wanita umno tidak dijemput dan menteri pembangunan wanita juga tiada dalam gambar tersebut.Kenapa isteri Najib menyibuk.

Kalau anda perhatikan betulbetul jurugambar yang datang ambil gambar dimana sahaja isteri Najib pergi dan jurugambar itu tidak mempunyai mediakad maka itulah pengenalan askar maya upahan pegawai khas isteri najib.

Najib Rasmi Himpunan Askar Maya Yang Susun Siapa MT UMNO



Bebalian ingat orang lain tidak perasan apa yang sebenarnya disebalik lakonan kumpulan bloger senior kaki rembat duit umno, pendedahan dari bloger kumpulan unit media umno sendiri rupanya lebih dahsat. Ada rancangan lain selain dari rembat duit Najib, rembat duit siapa nak menang perlawanan ahli majlis tertinggi umno kelak juga antara agenda himpunan askar maya ini. Najib kena lagi, beliau akan datang rasmi projek jahat ini.

Adakah Najib yang merancang atau adakah Najib terpaksa datang kerana nyawa politiknya sendiri dah mula nak tamat dek kerana isterinya yang dikata turut  menyibuk menyusun pemimpin umno?



Sangkakalajari9;

Hmmm..macam yang Sangkakala tulis dua tiga hari lepas dalam laman blog Sangkakala ni tentang satu himpunan yang bakal diadakan di Janda Baik. 

Dalam pada tu ada juga dikalangan rakan rakan yang agak sensitif bila Sangkakala keluarkan kenyataan kenapa perlu diadakan himpunan sebegitu sedangkan himpunan yang diadakan selama ini tidak menampakkan kejayaan. 

Rupa rupanya barulah Sangkakala tahu untuk apa himpunan tersebut diadakan, nak tentukan siapa calon MT rupanya!!! 

Ini maklumat yang terkini Sangkakala terima la, kalau itu lah yang berlaku, Sangkakala rasa memang strategi untuk buat duit ni dah berjaya secara total dan Sangkakala dengar ada juga GARAM yang akan di berikan kepada sesiapa yang hadir nanti. 

Hmmm..selamat berjuanglah rakan rakan blogger Sangkakala, jangan nanti ada pulak yang merungut itu ini, ada yang tak puas hati, sebab biasa lah, untuk puaskan hati manusia memang kita tak mampu. 

Cuma satu Sangkakala nak tanya, berapa agaknya penganjur ni dapat untuk mengadakan himpunan sebegitu dan apa yang Sangkakala tau, Perdana Menteri merestui perjumpaan tersebut. 

Agaknya Perdana Menteri dah mula goyang kot ni, sampai kumpul blogger beriya sangat, nak dekat pemilihan lak tu, kalau dekat pilihanraya ada juga munasabahnya. 

Cuma satu je lah, takkan lah blogger porno diberi kepercayaan sampai sebegitu rupa untuk mempertahankan Perdana Menteri dan negara. 

Monday, 26 August 2013

Kari Basi Kuat Pengaruhnya Di Perak


Orangnya berwawasan jauh
wawasan utama matikan semua langkah bloger lain
Kumpulan Truper Perak kais pagi makan pagi dan beliau kenyang bersama anak-anak saudara dan anak sendiri. Bayaran mahal dibayar dan Truper Perak yang sejati tidak dipandang oleh pemimpin negeri. Zamri lebeh percaya Kari Basi kerana dari suku yang sama.

RM30k sebulan adalah ubat supaya Kari Basi tidak menulis buruk tentang Perak.
RM30k sebulan untuk portal yang ada 5 pekerja amat murah harga bayaranya
RM30 sehari belum tentu Truper Perak dapat.




Sunday, 25 August 2013

Kaki Terbang Bersyukur 3 Isteri Beraya Sekali



3 isteri
3 rumah
3 kereta
Mewah dan seronok.

Mewah kerana hidup dibayar gaji oleh Kari Basi setelah berjaya pengaruhi Kari Basi untuk buang bloger lain dalam projek ops selamatkan datin ketua umum.Mewah kerana menipu kawan yang lain dalam projek portal selangor. Mewah kerana menipu.

Seronok kerana mampu nikah 3 isteri dan tak sempat nak seronok kerana yang ke empat adik orang kuat perkasa tidak sempat dijadikan numbor 4. Kaki terbang kecewa cinta ditolak, kalau tidak tahun ini ke 4 isteri boleh dibawa pulang ke kampung halaman.


Saturday, 24 August 2013

Analisa Bloger Kaki Terbang Temberang Siapa Bunuh Altantuya

*

Undang-undang apakah yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka yang membunuh Altantuya dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan

Sekarang, Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Altantuya, undang-undang apa, tatacara penyiasatan serta prosedur pertuduhan yang bagaimana pula yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka yang membunuh Altantuya Shaariibuu dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan?

Apakah sudah sampai masanya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes pembunuhan Altantuya  Shaariibuu itu.

Kes seperti mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes videoV K Lingam dapat memperlihatkan kepada rakyat penyiasatan yang berkesan dapat dilakukan melalui penubuhan suruhanjaya siasatan diraja.

Rakyat perlu diperjelaskan tindakan apa yang sewajarnya untuk menangani kes itu bagi mengelakkan Malaysia menjadi bahan persendaan.

Bila kedaulatan undang-undang terhakis sehingga ke tahap yang memalukan, ia bukan sahaja memburukkan imej negara malah menakutkan pelabur

Keadaan itu memburukkan lagi keadaan di negara ini, kata beliau lagi, kerana sebelum ini pun dilaporkan bahawa para pelabur asing bimbang tentang keadaan keselamatan di negara ini.

Setev Shaariibuu, bapa kepada Altantuya, sangat sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006 itu.


;kakiterbangtemberang

*ilustrasi

Thursday, 22 August 2013

Pegawai Dari PMO Cuba Singkirkan MB Perak Kerana Kecewa Tak Dapat Tanah



Berita yang baru Bebalian terima adalah berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Berita itu adalah mengenai sepasang tangan ghaib dari PMO yang cuba menjentik Zambry dari jawatannya sebagai Menteri Besar, Perak.

Cubaan mengguling dan menyingkirkan Zambry dari PMO adalah berpunca dari sebidang tanah di sebuah kawasan perumahan mewah di  Meru, Ipoh. Al kisah seorang pegawai dari PMO yang rapat dengan Perdana Menteri telah memohon tanah tersebut, kononnya untuk membangunkan sebuah rumah. Tentulah rumah yang bakal dibangunkan itu sebuah rumah mewah dan memakan keluasan yang agak besar.

Permintaan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Zambry dan mendatangkan  kemarahan pegawai tersebut. Beberapa permintaan lain menyusul namun semua permintaannya tidak dilayan oleh Zambry. Ini menyebabkan pegawai itu marah dan cuba mengatur gerak, menyingkirkan Zambry dari jawatan Menteri Besar Perak dan UMNO Perak.


Pegawai yang marah dan menaruh dendam kepada MB Perak itu mula berusaha untuk cuba menjatuhkan Zambry untuk membalas dendam tetapi sehingga kini tidak berjaya. Nampaknya orang dari PMO ini cuba mengatasi kuasa rakyat yang telah memilih Zambry di PRU yang lalu. Kita nantikan siapa yang bakal membaham tanah. Pegawai bebal  itu ataupun kuasa rakyat.