Saturday 24 August 2013

Analisa Bloger Kaki Terbang Temberang Siapa Bunuh Altantuya

*

Undang-undang apakah yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka yang membunuh Altantuya dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan

Sekarang, Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Altantuya, undang-undang apa, tatacara penyiasatan serta prosedur pertuduhan yang bagaimana pula yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka yang membunuh Altantuya Shaariibuu dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan?

Apakah sudah sampai masanya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes pembunuhan Altantuya  Shaariibuu itu.

Kes seperti mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes videoV K Lingam dapat memperlihatkan kepada rakyat penyiasatan yang berkesan dapat dilakukan melalui penubuhan suruhanjaya siasatan diraja.

Rakyat perlu diperjelaskan tindakan apa yang sewajarnya untuk menangani kes itu bagi mengelakkan Malaysia menjadi bahan persendaan.

Bila kedaulatan undang-undang terhakis sehingga ke tahap yang memalukan, ia bukan sahaja memburukkan imej negara malah menakutkan pelabur

Keadaan itu memburukkan lagi keadaan di negara ini, kata beliau lagi, kerana sebelum ini pun dilaporkan bahawa para pelabur asing bimbang tentang keadaan keselamatan di negara ini.

Setev Shaariibuu, bapa kepada Altantuya, sangat sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006 itu.


;kakiterbangtemberang

*ilustrasi

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.