Friday, 30 August 2013

Isteri Najib Yang Bebal Atau Pegawai Khasnya Yang Sengal



Blog pembangkang buat pendedahan bukan saja saja pendedahan.Mereka menyerang Wanita Pertama Malaysia bukan serangan yang membabibuta, mereka sebenarnya cuba menegur isteri Najib yang dilihat keterlaluan penonjolannya dalam sejarah isteri isteri Perdana Menteri Malaysia. Penonjolan yang membuatkan rakyat meluat dan muntah kari kerana ia bukan penonjolan yang bersifat keibuan. Penonjolan isteri Najib lebih kepada penonjolan menunjuk nunjuk gaya terampilan seorang bangsawan. Dari rambut hingga ke hujung kaki. Semuanya berharga ribuan dan pada yang puluhan ribu ringgit.

Akibat campurtangan yang keterlaluan umno dan bn akhirnya menerima padah dalam pru13 dan Najib dipersalahkan kerana antara faktornya adalah isterinya yang amat sukar dikawal.Isterinya juga dikatakan terlibat menyusun nama calon pru13. The Bebalian melihat bukan isterinya yang suka masuk campur tetapi pegawai khas beliau yang menggunakan beliau kerana pegawai khas tersebut lihat peluang untuk buat duit melalui senarai calon pru13.Pegawai khas ini juga mengumpul askar maya yang diketuai oleh pemilik portal utara, bloger no1 malaysia, bloger yang berpangkat datuk, bloger yang guna nama sendiri, bloger kaki terbang dan puluhan saudaramara bloger kari basi dan saudaramara bloger rohbani.

Lepas pru13 ahli ahli umno ingatkan isteri Najib sudah insaf tetapi rupanya insaf hanya sebulan sahaja dan kini mulai muncul kembali dalam setiap program Najib yang tidak sepatutnya beliau hadir.Hari Wanita Malaysia tidak perlu letak wajah isteri Najib sebagai watak utama dalam baner rasmi.Ketua wanita umno tidak dijemput dan menteri pembangunan wanita juga tiada dalam gambar tersebut.Kenapa isteri Najib menyibuk.

Kalau anda perhatikan betulbetul jurugambar yang datang ambil gambar dimana sahaja isteri Najib pergi dan jurugambar itu tidak mempunyai mediakad maka itulah pengenalan askar maya upahan pegawai khas isteri najib.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.